Saturday 10 January 2015

PENYAKIT YANG MELANDA IKAN KELI DAN IKAN-IKAN LAIN

Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.

3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain.

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki

Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:
Gejala Penyakit/Jenis penyakit/Langkah Pencegahan

1.Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan


2.Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari


3.Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctate
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit



4.Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.



5.Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit



6.Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam



7.Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.



8.Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.





9.Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit


Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books



Monday 5 January 2015

CARA MENSENYAWAKAN IKAN HIASAN SPECIES IKAN LAGA(BETTA SPLENDEN)

CARA MENSENYAWAKAN IKAN HIASAN SPECIES IKAN LAGA(BETTA SPLENDEN)


IKAN LAGA
Peralatan yang anda semua perlukan adalah :
1)Sepasang ikan laga 

2)Akuarium bersaiz kecil atau kalau nak jimat boleh menggunakan bekas biasa.
3)Daun ketapang(untuk merangsangkan pembentukan buih ketika ingin mengawan dan meningkatkan tahap kegersangan ikan ketika proses persenyawaan berlaku)


4)Paip pendek(fungsi paip adalah tempat untuk induk betina menyorok dari diserang oleh induk jantan ketika proses persenyawaan.

5)Medium seperti gabus dan hidupan akuatik seperti bunga kiambang dan sebagainya (berfungsi sebagai tempat ikan laga menyembunyikan telur)

Contoh gabus

Pokok Kiambang


Okay semua kelengkapan sudah ada, jadi kita teruskan dengan langkah-langkah untuk melakukan proses persenyawaan ini.

1-Pertama sekali anda semua masukkan daun ketapang kedalam akuarium/bekas kecil sehingga warna air tersebut bertukar kepada warna coklat.

2-Kemudian masukkan pokok kiambang/gabus sebagai tempat induk jantan membuat buih, kemudian masukkan paip kecil kedalam akuarium/bekas tersebut.

3-Seterusnya masukkan  induk jantan dan induk betina didalam bekas yang sama tetapi kita hendaklah mengasingkan induk jantan dan betina dengan meletakkan penghadang seperti memasukkan induk betina kedalam bekas/botol lutsinar yang mempunyai permukaan dan didinding tidak terhalang dari induk jantan untuk melihat induk betina tersebut, ini kerana apabila dengan cara begini ia dapat merangsangkan induk jantan untuk membuat buih disekeliling kawasan pokok kiambang.

4-Apabila selepas 1/2 hari induk jantan membuat buih disekeliling medium tersebut kemudian kita hendaklah mengalihkan bekas yang berisi induk betina supaya ikan tersebut dapat melakukan proses persenyawaan.Selepas tempoh 24jam kita hendaklah membuat permerhatian dikawasan buih tersebut jika buih bertukar warna kekuningan ini bermakna buih tersebut telah dimasukkan telur oleh induk tersebut.

5-Apabila induk tersebut telah mensenyawakan telur kita hendaklah mengasingkan induk betina supaya induk jantan tidak menyerang induk betina tersebut.

6-Apabila telur menetas kita hendaklah mengasingkan induk jantan dari akuarium tersebut.

7-Kemudian kita hendaklah menjaga benih tersebut dan memberi makan makanan seperti microworm atau bloodworm supaya benih tersebut dapat zat yang diperlukan untuk membesar.

Sekian terima kasih,