Saturday, 10 January 2015

PENYAKIT YANG MELANDA IKAN KELI DAN IKAN-IKAN LAIN

Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.

3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain.

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki

Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:
Gejala Penyakit/Jenis penyakit/Langkah Pencegahan

1.Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan


2.Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari


3.Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctate
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit



4.Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.



5.Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit



6.Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam



7.Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.



8.Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.





9.Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit


Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books



Monday, 5 January 2015

CARA MENSENYAWAKAN IKAN HIASAN SPECIES IKAN LAGA(BETTA SPLENDEN)

CARA MENSENYAWAKAN IKAN HIASAN SPECIES IKAN LAGA(BETTA SPLENDEN)


IKAN LAGA
Peralatan yang anda semua perlukan adalah :
1)Sepasang ikan laga 

2)Akuarium bersaiz kecil atau kalau nak jimat boleh menggunakan bekas biasa.
3)Daun ketapang(untuk merangsangkan pembentukan buih ketika ingin mengawan dan meningkatkan tahap kegersangan ikan ketika proses persenyawaan berlaku)


4)Paip pendek(fungsi paip adalah tempat untuk induk betina menyorok dari diserang oleh induk jantan ketika proses persenyawaan.

5)Medium seperti gabus dan hidupan akuatik seperti bunga kiambang dan sebagainya (berfungsi sebagai tempat ikan laga menyembunyikan telur)

Contoh gabus

Pokok Kiambang


Okay semua kelengkapan sudah ada, jadi kita teruskan dengan langkah-langkah untuk melakukan proses persenyawaan ini.

1-Pertama sekali anda semua masukkan daun ketapang kedalam akuarium/bekas kecil sehingga warna air tersebut bertukar kepada warna coklat.

2-Kemudian masukkan pokok kiambang/gabus sebagai tempat induk jantan membuat buih, kemudian masukkan paip kecil kedalam akuarium/bekas tersebut.

3-Seterusnya masukkan  induk jantan dan induk betina didalam bekas yang sama tetapi kita hendaklah mengasingkan induk jantan dan betina dengan meletakkan penghadang seperti memasukkan induk betina kedalam bekas/botol lutsinar yang mempunyai permukaan dan didinding tidak terhalang dari induk jantan untuk melihat induk betina tersebut, ini kerana apabila dengan cara begini ia dapat merangsangkan induk jantan untuk membuat buih disekeliling kawasan pokok kiambang.

4-Apabila selepas 1/2 hari induk jantan membuat buih disekeliling medium tersebut kemudian kita hendaklah mengalihkan bekas yang berisi induk betina supaya ikan tersebut dapat melakukan proses persenyawaan.Selepas tempoh 24jam kita hendaklah membuat permerhatian dikawasan buih tersebut jika buih bertukar warna kekuningan ini bermakna buih tersebut telah dimasukkan telur oleh induk tersebut.

5-Apabila induk tersebut telah mensenyawakan telur kita hendaklah mengasingkan induk betina supaya induk jantan tidak menyerang induk betina tersebut.

6-Apabila telur menetas kita hendaklah mengasingkan induk jantan dari akuarium tersebut.

7-Kemudian kita hendaklah menjaga benih tersebut dan memberi makan makanan seperti microworm atau bloodworm supaya benih tersebut dapat zat yang diperlukan untuk membesar.

Sekian terima kasih,



Tuesday, 30 December 2014

AKUAPONIK
APA ITU AKUAPONIK???
-Akuaponik adalah gabungan sistem akuakultu dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung diantara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.
Dalam keadaan semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.
Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.
Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.
Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.
FUNGSI
Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :
1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman
Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.
SEJARAH
Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.
Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.
Di negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.
Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini.
Manakala di Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan baru dikalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro.

Contoh gambar sistem akuaponik
Lakaran sistem akuaponik

Lakaran sistem akuaponik

Langkah-langkah kitaran nutrien dalam sistem akuaponik  
1)Ikan akan menghasilkan najis dan akan bertukar kepada ammonia
2)Ammonia akan bertukar kepada nitrit dengan bantuan bakteria Nitrosomas sp
3)Nitrit akan bertukar kepada nitrat dengan bantuan Nitrobaktor sp
4)Nitrat akan menjadi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk terus membesar.




Peralatan yang diperlukan untuk sistem akuaponik:
1)IKAN DAN BENIH SAYURAN
2)TANGKI/AKUARIUM
3)PAIP BERSAIZ 15MM
4)BEKAS/TRAY
5)SISTEM NFT
6)PAM AIR(PAM AIR MERUPAKAN JANTUNG SISTEM AKUAPONIK)
7)CAWAN POLISTRIN BERLUBANG ATAU NET POT
8)ALAT2 UNTUK PERIKSA KUALITI AIR
9)SPAN/GROWER STONE/HIDROKORUM



ITU SAJA UNTUK KALI INI, SESIAPA YANG ADA CADANGAN ATAU TAMBAHAN ILMU BOLEH LA KONGSI DIRUANGAN KOMEN, TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA, MAJULAH  BIDANG AKUAKULTUR UNTUK NEGARA, ASSALAMU'ALAIKUM ;)

Sunday, 28 December 2014

Pengenalan Terhadap Ikan Tilapia.

Assalamu'alaikum kepada semua pembaca blog,pada kali ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai ikan tilapia. Pada masa ini ternakan ikan tilapia semakin meluas kerana dalam pengeluaran akuakuakultur, ikan tilapia mendapat pengeluaran tinggi selain dari ikan jenis karp dan salmon, terdapat beberapa jenis ikan tilapia seperti ikan tilapia merah,ikan tilapia hitam dan ikan tilapia GIFT (Genetically Improvement Farmed Tilapia).

Yang mana tidak tahu mengenai rupa ikan tilapia hitam, anda boleh lihat gambar diatas, ikan tilapia hitam ni amat mudah membiak tetapi ada sesetengahnya lambat untuk membesar(EL SAYED 2006)

Gambar diatas pula menunjukkan ikan merah yang boleh dikatakan bernilai tinggi dipasaran dan isinya pula manis,ikan tilapia merah ini kurang bertelur tetapi cepat membesar mengikut kadar pemberian makanan (FCR) yang telah ditetapkan.

Gambar diatas pula menunjukkan ikan tilapia GIFT yang saya ternak ketika saya menjalankan latihan industri sesuatu tempat,hehehe minta maaf la nama syarikat terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang tertentu.Berbalik kepada cerita saya mengenai ikan tilapia GIFT ini, ikan tilapia ini ada gabungan genetik antara ikan tilapia Mesir,Taiwan,Thailand,Singapura,Israel,Senegal dan Kenya (EL SAYED 2006), hasil daripada kacukan semua baka itu telah berjaya menghasilkan ikan tilapia GIFT,terdapat pelbagai peningkatan yang dilakukan terhadap ikan ini seperti mudah membesar,mempunyai daya tahan hidup yang tinggi, menghasilkan telur yang banyak,rasanya yang sedap dan cepat membesar mengikut kadar pemberian makanan FCR.Nama saintifik ikan tilapia GIFT ini adalah Orechromis SPP.

::KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM::
-Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
-Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
-Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
-Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
-Senang untuk memasarkan ikan.

Contoh gambar kolam tanah 


::PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN::

1.Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
2.Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3.Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a)Meningkatkan pH air
b)Mengeraskan dasar kolam
c)Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d)Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e)Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.

Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :

pHBawah 4
4 – 4.5
4.5 – 4.0
5.0 – 5.5
5.5 – 66 – 6.5Kg/haKapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)
kapur hendaklah ditimbang terlebih dulu

  • 3805
  • 3044
  • 2283
  • 1902
  • 1012
  • 888

Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)
  • 2917
  • 2283
  • 1776
  • 1395
  • 761
  • 634

Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)
  • 1903
  • 1522
  • 1142
  • 1015
  • 507
  • 507

Contoh kapur yang saya gunakan untuk proses pengapuran.

4.Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
5.Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :
Jenis Baja
Kadar yang disyorkan
Baja fosfat. Double Superfosfat (DSP)400 kg/ ha/ setahun
ii. Triple Super Fosfat (TSP)”340 kg/ ha/ setahunBaja Nitrogeni. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun
ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun
iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun
i. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun
ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun
iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun
baja yang digunakan untuk membaja kolam tanah, proses pembajaan ini penting kerana membantu pertumbuhan fitoplankton,fitoplankton ini akan dimakan oleh anak benih untuk membesar.

Baja hendaklah diletakkan dihujung kolam


Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.
Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :
Parameter Nilai Yang Sesuai
i. Oksigen Terlarut (D.O)Lebih dari 2.5 ppm
ii. Karbon dioksidaKurang dari 25 ppm
iii. pH6 – 8
iv. Suhu air20 – 35oC (optimum 28 – 32oC)
v. AmmoniaKurang dari 1.0 ppm

::PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA::

1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.


::PEMAKANAN::

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
 2. Terdapat 3 punca utama iaitu : 
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
 a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
 5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :

Saiz Ikan

% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan

Anak ikan kurang dari 2 inci = 6 – 10%
Anak ikan antara 2 – 6 inci = 3 – 6%
Ikan lebih dari 6 inci = 2%

::AKTIVITI HARIAN::

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

::PENUAIAN::

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
 b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.

2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.

3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.

:: PEMILIHAN TAPAK UNTUK TERNAKAN SANGKAR TILAPIA::

Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity)
kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar.Sangkar ikan juga perlu dibina ditempat yang kurang tiupan angin kencang dan jauh dari tempat aliran air sisa kumbahan ini kerana ia dapat merosakkan kualiti air. Aliran air
menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan
ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan
buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian
semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah
kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air
dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan
tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan
parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan
tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :

i. Suhu air - 20-350C ( Optimum 28-320C )
ii. pH air - 6-8
iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan - 0-18 ppt

Contoh ternakan sangkar ikan


Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai
untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara
permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi
mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang
terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam
terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen
culture).

Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan
pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku
kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan
(stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan
tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada
makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.


:: REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR::

Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’.
Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45miaitu 3.45m panjang
dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE
(High density polyethlene ).
Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang
maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter.
Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18
meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos


:: PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH::

Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos
pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan.
Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah
ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah
yang perlu diberi perhatian iaitu
pengasuhan anak ikan, pelepasan
stok dan
pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.


:: PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH::

Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam
sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan
yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta
memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan
tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar
menggunakan ’haba’.


:: KADAR PELEPASAN BENIH::

Kadar pelepasan benih
(stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan
mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal,
anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerja-
kerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan
anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor
sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah
350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor),
anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500
ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x
6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .

:: KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN(FCR)::

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira
anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan
menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan
purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan
setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap
sangkar.

:: PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA::
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran,
keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk
ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai
untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7-
10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata
600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak
650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg  satu sangkar.
Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan
terkejut(stress).


::TERNAKAN TANGKI GENTIAN KACA DAN KONKRIT::
-Ternakan ikan dalam tangki gentian kaca dan konkrit merupakan cara yang paling moden dan cara yang paling tinggi hasil pengeluaran.,Kolam konkrit atau tangki fibreglass.Lazimnya kolam konkrit digunakan.Saiznya antara 30 – 50 m2 & dalam 60 cm. Dalam air adalah 50 cm.



Contoh ternakan ikan tilapia dalam tangki


• Penyediaan kolam pembiakan.
• Keringkan air & bersihkan dasar & dinding kolam dari sisa makanan dan najis ikan.
• Gunakan klorin untuk mencici dasar & dinding kolam bagi menanggalkan kekotoran dan lumut.
• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 3 hari.


 Memasukan air.
• Tutup pintu air keluar dgn rapi & buka paip air.
• Masukan air sehingga ke paras 50 cm.

• Kolam ini sedia menerima induk jantan & betina.

SEKIAN itu saja sedikit perkongsian mengenai ternakan ikan tilapia, IN SHA ALLAH jika dipanjangkan usia dan tiada halangan melintang saya akan mengemaskini lagi blog saya, sebelum itu saya ingin memberitahu bahawa semua info diatas adalah dari perkongsian rakan2 seperjuangan dalam bidang akuakultur dan jika berlainan dengan apa yang anda semua pembaca yang disayangi sila kemukakan diruangan komen, IN SHA ALLAH  jika ada berkesempatan kita akan bertukar-tukar pendapat mengenai bidang akuakultur ini. 

Saturday, 20 December 2014

APA ITU AKUAKULTUR??

AKUAKULTUR adalah gabungan dari 2 perkataan iaitu akua(air) kultur(ternakan), AKUAKULTUR ini adalah dibawah industri pertanian. Di tanah tumpahnya darah kita iaitu MALAYSIA terdapat pelbagai jenis spesies ternakan akuakultur contohnya untuk air tawar ikan keli, ikan tilapia, ikan lee koh, ikan lampam jawa, udang dan bagi ikan air masin ataupun air payau seperti ikan kerapu hybrid, ikan kerapu kertang,ikan kerapu harimau,ikan siakap,ikan jenahak dan ketam kulit lembut(tidak komersial). Selain dari 2 jenis ternakan itu, akuakultur juga menjerumus kepada makanan hidup seperti zooplankton dan juga fitoplankton.Selain itu industri akuakultur tidak menfokuskan semua itu sahaja, terdapat juga penghasilan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik. Pada kebiasaan ternakan seperti ikan diternak didalam kolam tanah,kolam konkrit, tangki gentian kaca,sangkar terapung ,dan juga akuarium itu semua bergantung pada kos dan jenis ikan yang ingin diternak,
CONTOH GAMBAR IKAN AIR TAWAR
CONTOH GAMBAR IKAN AIR MASIN
CONTOH IKAN HIASAN