APA ITU AKUAPONIK???
-Akuaponik adalah gabungan sistem akuakultu dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung diantara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.
Dalam keadaan semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.
Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.
Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.
Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.
FUNGSI
Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :
Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :
1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman
Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.
SEJARAH
Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.
Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.
Di Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.
Di negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.
Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini.
Manakala di Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan baru dikalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro.
Contoh gambar sistem akuaponik
Lakaran sistem akuaponik
Lakaran sistem akuaponik
Langkah-langkah kitaran nutrien dalam sistem akuaponik
1)Ikan akan menghasilkan najis dan akan bertukar kepada ammonia
2)Ammonia akan bertukar kepada nitrit dengan bantuan bakteria Nitrosomas sp
3)Nitrit akan bertukar kepada nitrat dengan bantuan Nitrobaktor sp
4)Nitrat akan menjadi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk terus membesar.
Peralatan yang diperlukan untuk sistem akuaponik:
1)IKAN DAN BENIH SAYURAN
2)TANGKI/AKUARIUM
3)PAIP BERSAIZ 15MM
4)BEKAS/TRAY
5)SISTEM NFT
6)PAM AIR(PAM AIR MERUPAKAN JANTUNG SISTEM AKUAPONIK)
7)CAWAN POLISTRIN BERLUBANG ATAU NET POT
8)ALAT2 UNTUK PERIKSA KUALITI AIR
9)SPAN/GROWER STONE/HIDROKORUM
ITU SAJA UNTUK KALI INI, SESIAPA YANG ADA CADANGAN ATAU TAMBAHAN ILMU BOLEH LA KONGSI DIRUANGAN KOMEN, TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA, MAJULAH BIDANG AKUAKULTUR UNTUK NEGARA, ASSALAMU'ALAIKUM ;)
No comments:
Post a Comment